CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 10, 2012

HALALAN TOYYIBAN


“Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa) dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik.”

Sumber : http://www.halaljakim.gov.my/




*Logo HALAL swasta yang tidak diiktiraf

*satu-satunya logo HALAL yang diiktiraf JAKIM

Tertarik dengan isu ini. Nampak macam isu ringan tapi melibatkan makanan dan minuman yang akan jadi darah dan daging dalam badan kita. Kalau nak diikutkan isu ni boleh dijadikan bahan tesis untuk dikaji dengan lebih mendalam. Baru-baru ni aku ada terbaca tentang beberapa produk yang telah difitnah mengandungi unsur2 DNA babi walhal ada tertera di bungkusan tanda halal yang diiktiraf. Aku kira artikel tu cukup membuatkan orang ramai jadi konfius tentang status halalnya. Aku sendiri pun pelik macammana isu itu boleh timbul dan mula untuk membuat kajian sebab kita pun tak boleh simply2 terima bulat2 apa yang kita baca. Akhirnya dapat info dari JAKIM yang telah mengesahkan produk2 yang terbabit memang sah dan diiktiraf keHALALan nya. Mulai 1 Januari 2012, semua logo swasta tidak dibenarkan menggunakan logo halal sedia ada dan perlu memohon untuk mendapatkan halal yang diiktiraf. Apa pentingnya halal yang telah diiktiraf? sebabnya.. banyak. Kadang-kadang bahan yang digunakan memang halal, tapi menggunakan peralatan yang mencurigakan..Samada diperbuat daripada bulu binatang dan sebagainya. Tapi dibungkusan tetap ada tanda halal (yg tak diiktiraf).Sebab itulah pentingnya mendapat kelulusan daripada JAKIM sebab mereka cukup menitik berat sifat halal dari semua aspek. Kita pun takkan rasa ragu2 mahupun was2 sebab yakin jenama2 yang kita makan dah melepasi pelbagai aspek untuk mendapatkan sijil HALAL.

Kalau dulu kami sekeluarga tidak begitu menitik beratkan logo HALAL, asalkan ada je logo HALAL, apa yang berkenan kami beli. Namun sekarang perlu mengubah persepsi memandangkan aspek HALAL memang berat dan perlu diambil kira.

Portal Rasmi Hala Malaysia di mana kta boleh dapatkan info lanjut mengenai isu Halal ni:


LURVE,

No comments: