Sepanjang hidup aku, selalu jugak dapat hadiah. Tapi dalam banyak2 hadiah yang terima, hadiah yang aku rasa paling berharga sekali ialah senaskah AlQuran pemberian mak. Ada 2, 3 naskah jugak Quran lain dalam rumah ni. Tapi tak sama macam Quran yang mak bagi. Setiap kali terpandang Quran ni, aku rasa ada sesuatu yang istimewa. Adakah istimewa sebab Quran ni mak beli sewaktu berada di Mekah ketika menunaikan Haji beberapa bulan yang dulu atau sebab keikhlasan mak untuk menghadiahkan aku? Aku sendiri tak pasti. Cuma terngiang-ngiang kata2 mak sewaktu mak hadiahkan. "Ngah, selalu2 la baca Quran ni. Jangan biarkan Quran ni tak dibaca"
Bacalah Al Quran setiap hari 1 juzuk. Kalau tidak mampu, bacalah separuh juzuk. Kalau tidak mampu, bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat. Kalau tidak mampu, memadailah dengan satu ayat.
Kalau tidak mampu juga, cukuplah dengan memandang Al Quran dan tanyalah kepada diri sendiri "Ya Allah, apalah dosaku sehingga aku tak dapat membaca ayat Mu?"
"Jika kamu ingin Allah 'bercakap' denganmu, bacalah Al Quran kerana AL Quran adalah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin 'bercakap' dengan Allah maka dirikanlah solat, kerana solat hakikatnya adalah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Tuhannya."
No comments:
Post a Comment