CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 15, 2011

DOA SEORANG ISTERI UNTUK SUAMI TERSAYANG

Ya ALLAH…
Ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Berikanlah aku kekuatan mental
Karuniakanlah aku dengan sifat keridhaan
Peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kuatkanlah semangatku menempuhi segala perintah Mu
Berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya ALLAH…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arasy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian Mu
Karuniakanlah aku sifat kasih dan ridha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Surga Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadlu’ akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala sikap dan keinginannya
Tetapi

Ya ALLAH…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk mengarungi segala kehendak Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Karuniakanlah aku kekuatan Mu untuk membetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku mencintai kesesatan
Bimbinglah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya ALLAH…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kehilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku salah membuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau ridhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku Ingkar dan dUrhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu


Ya ALLAH…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu


Ya ALLAH…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cobaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah Hanya pada Mu,


Ya ALLAH…
Ku mohon segala harapan
Karena aku pasrah dengan kehendak Mu
Karena aku sadar hinanya aku
Karena aku insan lemah yang kerap keliru
Karena aku lena dengan keindahan dunia Mu
Karena kurang kesabaran ku dalam taat kepada Mu
Karena pendek akal ku mengarungi ujian Mu



Ya ALLAH Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbal’alamin…

Friday, October 14, 2011

panggilan ke tanah suci untuk mak dan abah


Dah lama mak n abah menabung kat Tabung Haji, Ahamdulillah sampai masa mak dapat peluang untuk ke Tanah suci tahun ni. Syukur x terhingga.. tercapai jugak cita2 mak abah utk ke sana. Sedih. Tumpang gembira. bercampur baur perasaan tu. Sedih sebab x pernah ditinggalkan mak abah selama ni.. sebab selama ni, cuma aku, along n adik yang meninggalkan mak abah utk sambung study atau lepas berkahwin.. Tp kali ni mak abah pulak yang akan tinggalkan kami utk jangka masa sebulan lebih. Mungkin mcm ni la perasaan mak abah lebih2 lagi mak, bila dulu aku dpt masuk asrama, n sambung study kat UKM. tp dulu x pernah nampak mak menangis masa hantar aku g asrama..Mungkin mak sembunyikan perasaan tu?utk nmpak tabah di depan anak dia? Hakikatnya mungkin abah je yang tau.. Tp fikir positif yang mak abah ke Tanah Suci dapat panggilan ALLAH. X smua dpt capai peluang ni, syukur. 12hb Oktober, jam 830 pagi mak dijangka akan memulakan perjalanan ke sana.doa aku untuk mak abah, Semoga Allah pelihara kedua ibu bapaku sepanjang berada di rumah Mu, semoga mak abah peroleh haji yang mabrurdan semoga mak abah selamat kembali ke pangkuan kami!! AMIN.....

Wednesday, September 28, 2011

boleh ke berdikari?


lepas en hubby inform yang die kena p training untuk wataniah beberapa bulan yang lalu, hati dah terdetik...boleh ke aku hidup dengan berdiri di atas kaki sendiri selama lebih kurang 3 minggu.. memang la selama ni pun p keja drive sendiri, tapi x sama kalau mcm en hubby ada.. (ni ape yg terdetik kat fikiran masa tu).. 13hbSeptember2011, en hubby dah bertolak ke Perak.. tinggal la aku n icad.. 1st day ok, xde rasa sgt sbb sebelum ni pun dia pernah je ade emergency casie n x balik umah sehari ats urusan kerja.. masuk 2 ari still maintain.. tiap pagi hantar irsyad ke nursey, pastu drive g keje, lunch hour terpaksa berkejar balik ke rumah semata2 nk buang sampah! aduhai.. hari ke3 dah mula rasa siksa..yela sbb kalau en hubby ada, tiap pg gilir2 la bawak smpah turun memandangkan kami dok apartment n tingkat4 pulak tu. bila dk sorang, cmane nk bwak smpah turun dengan nak bwak handbag, dukung irsyad n bawak beg irsyad.hari2 seterusnya mmg rasa agak tertekan sbb mcm2 benda nak kena buat sendiri.. even sebelum ni x pandai pun nak parking reverse (means boot sebelah dalam)..tp disebabkan ruang paking lot kete kat tempat apartment ni amat2 la terhad, terpaksa jugak buat mcm tu sbb kalau x, compom esok pagi nak g keje kena menolak kereta org2 lain yg xbertanggungjawab park kete sesuka hati..and part ni la yg paling siksa. sbb tu walau en hubby x bagi parking mcm tu, terpaksa gak buat sbb kalau x, xkan la org pompuan mcm aku ni kena tolak kereta? kalau kancil xpe lg, buat nye van? x keje gile ke namanye tu..aduh la..siksa. masuk hari ke10 pulak. dpt berita dr jiran sebelah yg rumah die kena pecah masuk. mula la aku trpikir mcm2..takut, ngeri semua bercampur baur.yela kite dok sendiri, ishk..Nauzubillah, time2 mcm ni rasa byk btl dugaan mase en hubby xde..mcm2 masalah.. Alhamdulillah la parents dari kg memahami.. datang jenguk anak dia kat sini.. terharu gak la rasa nye bile family bg support time2 mcm ni. Baru rasa mcmane perasaan isteri2 yg kehilangan suami (x kisah la yg meninggal atau yg berpisah).. hati kena kuat! kena berdikari! Alhamdulillah 28hb en hubby selamat smpai ke rumah selepas tamat sesi training dan the best part mcm2 benda yg aku rasa aku boleh handle sendri skarang ni. hihi.. that's why org keep saying..Allah akan datangkan dugaan kepada hamba yang dirasakan boleh handle dugaan tu. n setiap dugaan tu ada terselit hikmahnya..

Monday, September 19, 2011

my sis wedding




Congratulations to both of adik n hafiz for your wedding! Tercapai lah hajat mak abah nak nengok anak2 berumahtangga sebelum merekake Tanah Suci tahun ni.. To adik n apiz, smoga berbahagia ke akhir hayat, semoga cepat menimang cahayamata dan semoga tabah menempuh asam garam rumahtangga.. i'm happy for both of u. Majlis sebelah perempuan dibuat pada 3Julai n sebelah lelaki 11September yang lalu.

raya 2011




Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011. Semoga hadirnya Syawal tahun ni membawa keberkatan dan limpah rahmat daripada Nya. Tahun kedua beraya bersama Irsyad Dzaquan walau umur Icad belum mencecah 2tahun. Alhamdulillah dapat beraya bersama seisi keluarga lebih2 lagi tahun ni beraya di Johor dulu.Almaklum la kalau beraya di kampung sendiri ni feel die lain , seronok nye
x hingat..hihi. Raya ke tiga bergerak balik ke shah alam utk beraya di sebelah en hubby pulak. tapi x dapat nak beraya sakan sebab raya ke 5 mak mertua pulak turun ke johor follow akk ipar (kak long) stay kat umah johor seminggu..

meet my little boy, muhammad irsyad dzaquan

*icad mase umur 5bulan


*muhammad irsyad dzaquan bergaya dgn spek pachu nye

icad..nama timangan anak pertama aku yg DOB sehari lewat drpd DOB aku. 21hb March 2010. Dah kena admit kat hospital start 18hb (due date yg sepatutnye)..tp die tetap x nak kuar awal.. kena induce smpai 2 kali pun x mo jugak. hampir2 nak di induce kali ketiga, tp Alhamdulillah akhirnye kuar jugak budak kecik yg skang da stahun stengah pun.. Thank God for this great oppurtunity to be mum,..

Saturday, September 17, 2011

blog da bersawang!! Oooh noOO!!

Salam..
ntah tetibe terdetik nak menjenguk blog yg dah terlalu lama ditinggalkan..
hasilnye.....
perhh lam gile x update..i think almost 2 years.
xpe, nak update la sikit..and maybe nak start mencatit semula..

That's per now..will continue later with new story.