CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 22, 2012

hadiah paling berharga


Sepanjang hidup aku, selalu jugak dapat hadiah. Tapi dalam banyak2 hadiah yang terima, hadiah yang aku rasa paling berharga sekali ialah senaskah AlQuran pemberian mak. Ada 2, 3 naskah jugak Quran lain dalam rumah ni. Tapi tak sama macam Quran yang mak bagi. Setiap kali terpandang Quran ni, aku rasa ada sesuatu yang istimewa. Adakah istimewa sebab Quran ni mak beli sewaktu berada di Mekah ketika menunaikan Haji beberapa bulan yang dulu atau sebab keikhlasan mak untuk menghadiahkan aku? Aku sendiri tak pasti. Cuma terngiang-ngiang kata2 mak sewaktu mak hadiahkan. "Ngah, selalu2 la baca Quran ni. Jangan biarkan Quran ni tak dibaca"

Bacalah Al Quran setiap hari 1 juzuk. Kalau tidak mampu, bacalah separuh juzuk. Kalau tidak mampu, bacalah sekadar sehelai atau satu muka surat. Kalau tidak mampu, memadailah dengan satu ayat.

Kalau tidak mampu juga, cukuplah dengan memandang Al Quran dan tanyalah kepada diri sendiri "Ya Allah, apalah dosaku sehingga aku tak dapat membaca ayat Mu?"

"Jika kamu ingin Allah 'bercakap' denganmu, bacalah Al Quran kerana AL Quran adalah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin 'bercakap' dengan Allah maka dirikanlah solat, kerana solat hakikatnya adalah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Tuhannya."
Sumber : Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal

Sekarang ni aku cuba untuk amalkan seperti ayat di atas yang sepatutnya dari dulu aku amalkan.
Sekurang-kurangnya dapat baca satu ayat pun jadilah.


LURVE,




Friday, January 20, 2012

tarikh lahir keluarga kami dalam bulan islam

Mak : 19 Februari 1958 bersamaan 29 Rejab 1377M (Rabu)


Abah : 13 Februari 1950 bersamaan 24 RabiulAkhir 1369M (Isnin)
Aku : 20 Mac 1984 bersamaan 17 JamadilAkhir 1404M (Selasa)
Mr Hubby : 15 Disember 1984 bersamaan 21 RabiulAwal 1405M (Sabtu)
Muhammad Irsyad Dzaquan Khairun Naim: 21 Mac 2010 bersamaan 5 RabiulAkhir 1431M (Ahad)
Along : 1 Februari 1981 bersamaan 26 RabiulAwal 1401 (Ahad)
Abang ipar : 4 April 1981 bersamaan 29 JamadilAwal 1401 (Sabtu)
Adik : 13 Februari 1988 bersamaan 24 JamadilAkhir 1408 (Sabtu)
Adik ipar : 7 September 1984 bersamaan 11 Zulhijjah1404M (Friday)
Syaura Syauqina Yusaini : 25 hb November 2003 bersamaan 30 Ramadhan 1424M (Tuesday)
Sufia Firzana Yusaini : 26 hb November 2007 bersamaan 16 Zulkaedah 1428M (Monday)



LURVE,


Monday, January 16, 2012

tersentuh


ntah kenapa rasa tersentuh dengan lagu ni.. Samada terbawa2 emosi dalam cerita Tentang Dhia atau terpikat dengan lirik lagu ni...

R.A.P.U.H. b.y. O.P.I.C.K.

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Terguris bagai lukisan
Seribu mimpi Berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelah nya jiwa dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku
Mesti ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati tak sempurna
mencintaiMu dalam dada kuharap hanya
diriMu yang bertakhta...


LURVE,


Tuesday, January 10, 2012

HALALAN TOYYIBAN


“Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa) dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik.”

Sumber : http://www.halaljakim.gov.my/




*Logo HALAL swasta yang tidak diiktiraf

*satu-satunya logo HALAL yang diiktiraf JAKIM

Tertarik dengan isu ini. Nampak macam isu ringan tapi melibatkan makanan dan minuman yang akan jadi darah dan daging dalam badan kita. Kalau nak diikutkan isu ni boleh dijadikan bahan tesis untuk dikaji dengan lebih mendalam. Baru-baru ni aku ada terbaca tentang beberapa produk yang telah difitnah mengandungi unsur2 DNA babi walhal ada tertera di bungkusan tanda halal yang diiktiraf. Aku kira artikel tu cukup membuatkan orang ramai jadi konfius tentang status halalnya. Aku sendiri pun pelik macammana isu itu boleh timbul dan mula untuk membuat kajian sebab kita pun tak boleh simply2 terima bulat2 apa yang kita baca. Akhirnya dapat info dari JAKIM yang telah mengesahkan produk2 yang terbabit memang sah dan diiktiraf keHALALan nya. Mulai 1 Januari 2012, semua logo swasta tidak dibenarkan menggunakan logo halal sedia ada dan perlu memohon untuk mendapatkan halal yang diiktiraf. Apa pentingnya halal yang telah diiktiraf? sebabnya.. banyak. Kadang-kadang bahan yang digunakan memang halal, tapi menggunakan peralatan yang mencurigakan..Samada diperbuat daripada bulu binatang dan sebagainya. Tapi dibungkusan tetap ada tanda halal (yg tak diiktiraf).Sebab itulah pentingnya mendapat kelulusan daripada JAKIM sebab mereka cukup menitik berat sifat halal dari semua aspek. Kita pun takkan rasa ragu2 mahupun was2 sebab yakin jenama2 yang kita makan dah melepasi pelbagai aspek untuk mendapatkan sijil HALAL.

Kalau dulu kami sekeluarga tidak begitu menitik beratkan logo HALAL, asalkan ada je logo HALAL, apa yang berkenan kami beli. Namun sekarang perlu mengubah persepsi memandangkan aspek HALAL memang berat dan perlu diambil kira.

Portal Rasmi Hala Malaysia di mana kta boleh dapatkan info lanjut mengenai isu Halal ni:


LURVE,